Tuesday, January 6, 2009

Assalamualaikum...





Assalamualaikum........Apa Khabar
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya harap anda terhibur.ok.Nama saya Nor Hanita Bt Abdul Ghani, boleh panggil nita saja. Saya berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Kalau nak rasa budu macam mana boleh la datang ke rumah saya. Saya mempunyai 9 orang adik beradik dan saya anak bongsu dalam keluarga saya. Ramai kan? tapi seronok terutamannya bila tiba hari raya. Suasana macam kenduri saya rasa.


Seterusnya saya ingin ceritakan sedikit sebanyak tentang perjalanan hidup saya. Semasa saya berumur 13 tahun saya bersekolah di sek.keb.perempuan. setelah tamat peperiksaan spm, saya meneruskan pula pendidikan saya di Politeknik Kota Bharu, Kelantan dalam kursus Akaun. Selama 3 tahun disana pelbagai ilmu telah saya timba dan saya gembira dapat mengenali rakan-rakan yang semuanya baik-baik belaka.



Setiap pertemuan ada perpisahan, tanggal julai 2007 saya terpaksa meninggalkan politeknik dan menyambung pengajian saya untuk mendapatkan segulung ijazah. UUM menjadi destinasi pilihan hati dan tanggal Disember 2008 bermulalah kehidupan saya sebagai seorang pelajar UUM dalam Program Komunikasi. Suasana yang nyaman di sini sangat memikat hati saya dan saya berharap suatu hari nanti saya menamatkan pengajian saya dengan mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaALLAH


Sebelum saya menoktahi kata-kata saya, saya ingin berkongsi hobi dan cita-cita saya kepada anda semua. Hobi saya pada waktu lapang adalah menonton televisyen dan membaca majalah, manakala cita-cita saya pula ingin menjadi seorang pensyarah. Jangan lupa doakan kejayaan saya. Saya akhiri dengan ucapan selamat berkenalan dan semoga kita berjumpa lagi.



Sekian, Terima Kasih.