Monday, March 30, 2009

PENGGUNAAN GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

PENGGUNAAN GRAFIK DALAM MULTIMEDIA




CONTOH GRAFIK




GRAFIK



Grafik merupakan elemen penting dalam memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan maklumat. Grafik membawa maksud sebahagian daripada lukisan, gambar, gambar foto atau lukisan garisan untuk digunakan dalam persembahan maklumat berkomputer dan juga untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program media integratif. Grafik juga digunakan sebagai sumber penyampaian untuk menerangkan konsep yang tidak boleh atau sukar diterangkan oleh teks. Persembahan atau paparan menjadi bertambah menarik dengan menggunaan visual grafik. Jenis-jenis grafik ialah pelbagai lukisan, ilustrasi, fotograf, rajah, carta, kantun dan sebagainya.

Kepentingan Grafik

Grafik penting kerana paparan visual grafik membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. Ia menjadikan persembahan atau penyampaian maklumat menjadi lebih menarik. Penggunaan grafik dalam internet misalnya pada halaman Web mampu menceriakan lagi pencarian maklumat oleh pengguna. Di samping itu juga, dengan adanya grafik seseorang pengguna akan menerima maklumat dan mesej yang ingin disampaikan dengan lebih jelas dan tepat berbanding teks secara bersendirian. Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.

Grafik boleh dikategorikan kepada dua kumpulan yang utama iaitu imej raster @ bitmap dan imej vektor.

Imej raster atau bitmap

Ialah terbentuk daripada pixel-pixel yang disusun dalam bentuk matrik yang mudah dan setiap pixel mempunyai satu set bit-bit yang menyatakan warna serta kecerahannya. Saiz fail bagi imej bitmap adalah besar. Faktor yang mempengaruhi saiz fail ialah resolusi dan kedalaman (depth). Resolusi ialah bilangan pixel yang terdapat pada imej. Semakin tinggi resolusi imej semakin besar saiz fail imej tersebut. Resolusi imej yang tinggi akan menghasilkan imej yang lebih tajam dan licin. Kedalaman( depth) pula merujuk kepada warna dan keterangan (brightness) bagi setiap pixel. Satu pixel mengandungi 2 atau lebih warna. Keterangan(brightness) warna dapat digambarkan melalui bilangan data dalam bit yang menghasilkan warna.

Imej vektor

Merujuk kepada grafik berstruktur atau grafik berorientasikan objek. Ia adalah asas kepada elemen lukisan atau objek seperti garis, bulatan, segi empat dan pelbagai imej lagi. Imej vektor amat sesuai dan mudah di kendalikan bagi tujuan memanipulasikan imej dan pengubahsuaian. Antara kelemahan imej vektor ialah ianya kurang realistik dan tidak memenuhi ciri-ciri objek sebenar di dalam kehidupan seharian. Selain itu, semakin kompleks imej yang dilukis, semakin besar saiz failnya dan semakin lambat untuk dipaparkan pada skrin.
Format fail grafik dalam internet

Biasanya bagi pengguna grafik dalam internet, format fail yang biasa di gunakan ialah GIF (Graphic Interchange Format) dan JPEG (Joint Photographic Expert Group).



JPEG


Merupakan format fail yang paling sesuai untuk semua jenis imej dan menggunakan teknik pemadatan algoritma yang lebih baik berbanding dengan GIF. JPEG menyokong 24 bit warna dan menyokong 16.7 juta warna. salah satu kekurangan apabila menggunakan format fail JPEG ialah ia menggunaan kaedah ‘ lossy’ dimana maklumat akan hilang apabila kita '' compres'' sesuatu imej atau gambar.



GIF


Format ini menyokong 8 bit warna iaitu 256 warna dan sesuai digunakan bagi imej logo, gambar-gambar dan sebagainya. GIF tidak boleh menyokong imej bagi imej yang mempunyai warna lebih dari 256 warna. Jika warna gambar melebihi 256 warna, ia akan menyebabkan warna gambar itu menjadi kabur.
Format lain adalah seperti BMP ( bitmap), TIFF, PICT, TGA, EPS dan WMF

No comments:

Post a Comment